Khamis, 31 Mac 2011

'Bukan Terlupa,,,tapi Pura-PuRa LUPA'..dunia hanya sementara,,akhirat tempat yg kekal ABADI..

Apabila kita melihat manusia pada zaman kini, sudah banyak yang lari dari landasan yang benar. Ramai yang mula mengambil jalan singkat ke neraka sedangkan bilangan yang mengambil jalan yang diredhai oleh Allah SWT amatlah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jalan singkat ke neraka ini.

Wahai kawan sekalian sedarkah anda,
Maksiat yang berleluasa di sana-sini,
Batas pergaulan pula tidak dijaga,
Pegangan agama entah ke mana?

Begitulah ibaratnya mereka yang bergelar Islam hanya pada namanya yang indah tertulis ‘Binti’ dan ‘Bin’ namun perangainya tidak seindah itu. Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa ini bermaharajalela.

Ada yang tudungnya terbang,
Ada yang berpegang-pegangan,
Ada yang dirinya ditayang-tayang,
Sedihnya apabila agama tidak dipegang.

Kaum hawa terutamanya, sudah kian hilang rasa malunya. Tegar mendedahkan aurat di sana-sini. Seolah-olah perkara tersebut adalah perkara yang diredhai Allah. Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah akan terbuka hatimu untuk bertudung?". Pasti kebanyakan mereka akan menjawab seperti ini:

* "Alaa...esok lusalah saya insaf!"

* "Tudung itu harus dipakai dengan ikhlas,mana boleh paksa-paksa? Belum dapat petunjuk lagi, insyaAllah suatu hari nantilah."

* "Suka hati akulah bila aku nak pakai tudung. Orang yang pakai tudung lagi teruk perangainya daripada aku, jangan sibuk nak tegur akulah."

* "Kau jangan nak lecture aku. Aku tahulah apa yang betul atau tak!"

Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan