Rabu, 6 April 2011

LAPORAN LAWATAN PELAJAR DIPLOMA TESL UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Pada hari rabu, 23 Mac 2011, bermula jam 2 hingga 5 petang, bertempat di Gerbang Minda. Fakulti Pendidikan UKM telah menerima kunjungan dari rombongan pelajar Diploma TESL Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK). Turut hadir dalam meraikan majlis bersama mereka adalah Penyelaras Program Prasiswazah TESL, Dr. Nooreiny Maarof, wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan iaitu saudara Mohd Izzuddin Mohd Pisol, serta pelajar-palajar jurusan TESL Fakulti Pendidikan UKM. Matlamat utama lawatan ini adalah unutk bertukar-tukar idea, serta mendalami program kedua-dua buah universiti. Dalam majlis tersebut, wakil kedua-dua universiti telah membentangkan tentang latar belakang universiti masing-masing, maklumat tentang program, serta persembahan montaj. Seramai 20 orang pelajar UNISZA telah menghadiri lawatan ini bersama 2 orang guru pengiring. Program ini telah membuka ruang untuk penyampaian maklumat, pertukaran idea dan pendapat. Jalinan kerjasama antara kedua universiti telah terbentuk dan diharapkan agar jalinan ini dapat diperkukuh dengan kerjasama bersama pada masa akan datang.

Laporan lawatan Pelajar Diploma Tesl UniSZa

selamat menduduki peperiksaan semester 6...


*manfaatkan segala ilmu yg telah dipelajari sebaik mungkin....dan amalkan dalam kehidupan seharian..
*ikhlaskan diri anda dalam menuntut ilmu..moga beroleh kejyaan dalam diri setiap individu...

Senarai nama calon layak temuduga biasiswa perguruan sesi 2011

Bil Nama No. KP "BIDANG /PENGKHUSUSAN"

1 AQILA MUNIRAH BNTI JAILAN 910204105940 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
2 CHIA SIAW LEE 890722235272 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.
(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
3 DAYANG NURFAEZAH BINTI ABANG AHMAD 900312136630 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
4 FARHANA NABILA BT SABUDIN 900310065170 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
5 FATEN BINTI HAYOT 900528095110 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
6 FAYKA BINTI MOHAMMAD YUSOFF 900210086564 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
7 KHALSUM BINTI ABDUL HAMID 910510065844 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
8 MIRA BINTI SUKARDI 890702015942 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
9 MUHAMMAD ZULHELMI BIN MD NOOR 910801075313 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
10 N0RSAHRINA BINTI ASMAWI 900228085826 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
11 NIK NUR DIYANA BT NIK MOHAMMAD 910329035050 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
12 NIK NURYASARAH BINTI NIK MOHD ZAKI 900811035420 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
13 NOOR FARAHDIANA BINTI ZULKIFLI 890703055356 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
14 NOOR HAZIRAH BINTI KHALIB 890510025142 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
15 NOOR SYAKIRAH BINTI JOHARI 910521115456 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
16 NOR HASILA BINTI HARON 890302085554 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
17 NOR MALISSA BINTI MAT ISA 890709135912 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
18 NOR SHAHIDAH KAMARUDIN 900223065156 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
19 NOR SHUHADA BINTI MOHD YUSOF 910410105028 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
20 NORASSOLAH BINTI MOKHTADIN 900123055284 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
21 NORIZZA BINTI SAHAL 910313105552 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
22 NUR FAHANA BINTI ABD MANAS 900504025476 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
23 NUR SYUHAILA BT MAD SAAD 910506065868 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
24 NURFATHIAH BINTI RAMLI 910510135742 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
25 NURSHUHADAH BINTI SAFRI 901228035030 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
26 NURUL SHARMIMI BINTI SHA'ARI 871027295106 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
27 SITI AISHAH BINTI ABDULLAH 901219075786 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
28 SITI FARIUS SHAMSUDIN 900723017070 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
29 SITI ROHAYAH BINTI NGALIMI 901209085358 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
30 SITI ROSINAH BINTI SAID 910330086074 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
31 SITI RUHANI BT MAT DAUD 890904115060 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
32 SITI ZABIHAH BINTI AHMAD 890503025638 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
33 SYAIMAA BINTI SANUSI 911128035120 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"
34 VANESSA SELUANG ANAK RAYMOND LEO ITOK 900130136736 "Ijazah Sarjanamuda Pend. Dgn Kep.(Pengajaran B.Inggeris Sbg Bahasa Kedua)"
35 ZALIA BINTI IBRAHIM 890602065424 "Ijazah Sarjanamuda Pendidikan
Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)"

Isnin, 4 April 2011

PENTADBIRAN FAKULTI PENDIDIKAN YANG CAKNA DAN PRIHATIN.

Pada 1 April 2011, bermula jam 9 pagi dan sehingga jam 10.30 pagi, pihak pentadbiran Fakulti pendidikan telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil program dari kalangan mahasiswa prasiswazah seramai dua orang bagi setiap program. Selain itu, wakil mahasiswa daripada di peringkat master dan PHD turut dijemput. Terdapat 4 orang wakil pentadbiran yang menghadiri perjumpaan ini iaitu Prof. Dr. Lilia Halim Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Zuria Mahmud Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa, Prof. Madya. Dr. Nik Rahimi Nik Yusuf Penyelaras Program Siswazah, Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin Penyelaras Program Pendidikan Sains. Perjumpaan ini bertujuan untuk mendengar dengan sendiri permasalahan daripada mahasiswa itu sendiri dan memikirkan jalan penyelesaiannya.

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar prasiswazah ialah mengenai bebanan matapelajaran setiap semester, jumlah unit yang banyak iaitu 160 unit, praktikal yang akan dilaksanakan pada semester 2 menyebabkan pelajar tidak dapat menyelasaikan mata pelajaran yang tertinggal dan memperbaiki keputusan, pertindihan kuliah di fakulti yang berlainan seperti di Fakulti FSSK dan FST, lambakan projek kerja lapangan pada tahun 3, kemudahan parking motosikal yang berhampiran dengan Gerak Minda, masalah tidak wujudnya interaksi antara pelajar tahun 1,2,3,4. Selain itu, interaksi dengan pelajar yang berlainan program pengajian amat kurang disebabkan tidak mempunyai kelas yang sama.

Alhamdulillah pihak Fakulti Pentadbiran akan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul, antara memodulkan dan menetapkan minor supaya jadual kuliah tidak lagi berlaku pertindihan. InsyaAllah di peringkat ahli Majlis Perwakilan Pelajar akan berusaha mencadangan kepada pihak pentadbiran supaya masalah para pelajar di fakulti Pendidikan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Pihak Pentadbiran Fakulti Pendidikan UKM yang hadir mengendalikan Perjumpaan.



Pelajar-pelajar dan wakil-wakil program yang turut hadir ke perjumpaan tersebut.



Wakil program TESL, SUKRES dan Sains yang turut memberikan cadangan kepada Pihak Pentadbiran.

Khamis, 31 Mac 2011

Jangan Bermimpi untuk Berjaya

Penghujung semester adalah musim peperiksaan. Dalam bidang akademik, para pelajar sekolah dan universiti kini sibuk menelaah pelajaran masing-masing. Mereka yang belajar secara konsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.

di sini saya sediakan cara positif untuk belajar...
1) bersungguh-sungguh
2) berminat dengan bahan pengajaran
3) percambahan dan perkongsian idea
4) kaya pengetahuan dgn idea-idea baru
5) jangan melihat penampilan fizikal guru
6) jangan menyalahkan guru.
7) jangan membuat bising dan bercakap.
8) wujudkan rasa ingin tahu.

andai anda tidak berusaha, jgn bermimpi anda akan berjaya,,melainkan kehendak Allah s.w.t. yang maha Esa...

bersedialah dari sekarang,,supaya anda tidak menyesal dikemudian hari...belajar merupakan salah satu jihad perjuangan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

'Bukan Terlupa,,,tapi Pura-PuRa LUPA'..dunia hanya sementara,,akhirat tempat yg kekal ABADI..

Apabila kita melihat manusia pada zaman kini, sudah banyak yang lari dari landasan yang benar. Ramai yang mula mengambil jalan singkat ke neraka sedangkan bilangan yang mengambil jalan yang diredhai oleh Allah SWT amatlah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil jalan singkat ke neraka ini.

Wahai kawan sekalian sedarkah anda,
Maksiat yang berleluasa di sana-sini,
Batas pergaulan pula tidak dijaga,
Pegangan agama entah ke mana?

Begitulah ibaratnya mereka yang bergelar Islam hanya pada namanya yang indah tertulis ‘Binti’ dan ‘Bin’ namun perangainya tidak seindah itu. Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa ini bermaharajalela.

Ada yang tudungnya terbang,
Ada yang berpegang-pegangan,
Ada yang dirinya ditayang-tayang,
Sedihnya apabila agama tidak dipegang.

Kaum hawa terutamanya, sudah kian hilang rasa malunya. Tegar mendedahkan aurat di sana-sini. Seolah-olah perkara tersebut adalah perkara yang diredhai Allah. Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah akan terbuka hatimu untuk bertudung?". Pasti kebanyakan mereka akan menjawab seperti ini:

* "Alaa...esok lusalah saya insaf!"

* "Tudung itu harus dipakai dengan ikhlas,mana boleh paksa-paksa? Belum dapat petunjuk lagi, insyaAllah suatu hari nantilah."

* "Suka hati akulah bila aku nak pakai tudung. Orang yang pakai tudung lagi teruk perangainya daripada aku, jangan sibuk nak tegur akulah."

* "Kau jangan nak lecture aku. Aku tahulah apa yang betul atau tak!"

Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang.