Rabu, 6 April 2011

LAPORAN LAWATAN PELAJAR DIPLOMA TESL UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

Pada hari rabu, 23 Mac 2011, bermula jam 2 hingga 5 petang, bertempat di Gerbang Minda. Fakulti Pendidikan UKM telah menerima kunjungan dari rombongan pelajar Diploma TESL Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK). Turut hadir dalam meraikan majlis bersama mereka adalah Penyelaras Program Prasiswazah TESL, Dr. Nooreiny Maarof, wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pendidikan iaitu saudara Mohd Izzuddin Mohd Pisol, serta pelajar-palajar jurusan TESL Fakulti Pendidikan UKM. Matlamat utama lawatan ini adalah unutk bertukar-tukar idea, serta mendalami program kedua-dua buah universiti. Dalam majlis tersebut, wakil kedua-dua universiti telah membentangkan tentang latar belakang universiti masing-masing, maklumat tentang program, serta persembahan montaj. Seramai 20 orang pelajar UNISZA telah menghadiri lawatan ini bersama 2 orang guru pengiring. Program ini telah membuka ruang untuk penyampaian maklumat, pertukaran idea dan pendapat. Jalinan kerjasama antara kedua universiti telah terbentuk dan diharapkan agar jalinan ini dapat diperkukuh dengan kerjasama bersama pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan